Topik :
Kebahagian di Tempat Kerja
(Happiness at place of work)
P = yK
di mana P = produktiviti
y = pemalar kebahagian
Kebahagian adalah satu keadaan emosi yang bergantung kepada kekuatan mental dan kepercayaan diri.
Dua belas (12) sebab utama mengapa anda perlu bahagia di tempat kerja.
1. Orang yang bahagia mudah diterima dan bekerja dengan orang lain.
Ini akan menimbulkan semangat kerja berpasukan, membantu satu sama lain, mempunyai hubungan yang lebih baik dengan ketua dan rakan sejawat, melayani pelanggan dengan mesra(perkhidmatan) dan menambah penjualan(busines). Semua ini akan menyumbang kepada produktiviti.
2. Orang yang bahagia adalah lebih kreatif
Kebahagian membawa suasana hati yang baik dan ini mencetuskan pemikiran untuk maju dan bergerak ke hadapan, menyebabkan anda menjadi lebih kreatif sepanjang masa.
3. Orang yang bahagia mempunyai tenaga yang lebih
Dengan tenaga yang lebih, anda berada pada tahap bersedia dan akan melakukan sesuatu dengan cekap dan berkesan.
4. Orang yang bahagia adalah lebih optimistik
Kebahagian berkait dengan unsur-unsur positif dan orang yang bahagia adalah optimistik, mempunyai keyakinan dan kepercayaan diri untuk berjaya dan lebih produktif.
5. Orang yang bahagia sentiasa termotivasi
Kebahagian membawa pengertian dan perasaan baik hidup, yang menjadi pendorong untuk anda tidak jemu menerokai idea, kaedah, ciptaan dan produk baru.
6. Orang yang bahagia belajar dengan pantas
Apabila anda berada dalam keadaan bahagia dan relaks, anda lebih bersedia untuk menerima dan menyerap pandangan dan teguran, menukar dan berkongsi pendapat, seterusnya meningkat prestasi kerja anda.
7. Orang yang bahagia kurang khuatir dan jarang membuat kesilapan
Orang yang bahagia merupakan pemangkin positif, mempunyai keyakinan diri dan adalah atribut kurang melakukan kesilapan. Malahan anda bersedia menerima teguran dengan hati yang terbuka kalau telah melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu dan terus maju ke hadapan.
8. Orang yang bahagia membuat keputusan yang baik dan bernas
Orang yang bahagia mempunyai pemikiran yang tenang dan waras, membuat keputusan yang bijak dan baik, tidak secara terburu-buru.
9. Orang yang bahagia jarang jatuh sakit
Kebahagian adalah satu keadaan emosi yang bergantung kepada kekuatan mental dan dari kajian banyak penyakit berasal dari tekanan emosi. Kebahagian mengurangkan tekanan emosi dan seterusnya mengurangkan penyakit. Kesihatan amat penting sebab kalau tidak sihat, tidak bahagia dan kalau tidak bahagia, kurang sihat!
10. Orang yang bahagia tidak mengeluh tetapi menyelesaikan masalah
Orang yang bahagia mempunyai perasaan kasih sayang dan memikirkan cara dan bertindak untuk mengatasi masalah tanpa perlu diarah atau dijanji dengan sebarang ganjaran. Perpatah kata, murah hati, mudah rezeki.
11. Orang yang bahagia mencerahkan suasana kerja
Orang yang bahagia menabur unsur positif dan kesejahteraan di tempat kerja, membawa kebahagian kepada rakan sejawat dan seterusnya kebahagian keluarga.
12. Orang yang bahagia adalah lebih rapat kepada alam dan Pencipta
Orang yang bahagia yang melakukan kebaikan untuk kesejahteraan sejagat akan sentiasa didoakan supaya sentiasa sihat dan bahagia.
Pesanan pagi : Terdapat berbagai benda yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki suasana kerja anda dari hanya mengeluh. Ia memerlukan tenaga mental (stress) yang berlipat ganda mengeluh, berbandingkan dengan tenaga mental yang sedikit untuk bersenyum!
No comments:
Post a Comment