Wednesday, August 17, 2011

Cikgu Tension ? Neh Ada Petua Untuk Cikgu Hilangkan Tensen!!

Cikgu Tension ? Neh Ada Petua Untuk Cikgu Hilangkan Tensen !!

Jadi cikgu bukan senang kan ! Banyak cabaran. Cabaran tuh pulak datang dari pelbagai segi dan sudut. Ada yang datang dari segi fizikal, mental, emosi, dari atas, bawah, depan, kiri, kanan dan macam-macam lagi. Antara banyak-banyak kerjaya, kerja cikgu la yang paling banyak kena ada kemahiran.

Cikgu kena jadi tukang kebun, kerani, doktor, ahli sukan, peguam, polis, ibu bapa (termasuk lar yang bujang), kena jadi pelakon, jadi superman dan macam-macam lagi. Semua neh akan menyebabkan cikgu strees.... ye lah cikgu akan mengalami tekanan yang kadang-kadang tuh sangat dasyat.

Sebagai rakan sejawat, tak ada banyak benda yang boleh admin tolong. Tapi admin ada cara... neh tips dari admin.. sila praktikkan jika mampu... hehe


Photobucket
langkah 1:
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..relax2. Panaskan badan supaya jangan ada yang mengalami kekejangan nanti. Cikgu boleh kira, 1,2,3,4...8... dan 8 lagi....

Photobucket
langkah 2 :
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda.. tangan buat macam ni... bahu neh kalau tansen sangat akan rasa sakit terutama yang ada darah tinggi.


Photobucket
langkah 3 :
wa..wa..aaa..wachaaaa!!! jangan karate anak murid tau !


Photobucket
langkah 4 :
Gerak ke kanan kemudian ke kiri..kalau nak joget zapin pon dibenarkan ..hahaha

Photobucket
langkah 5 :
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing. Hati-hati nanti pinggang terseliuh pulak... buat hati-hati tau... langkah neh macam sama dengan langkah 4 tapi tak sama tau.....


Photobucket
langkah 6 :
Tepuk kuat-kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk.. terutama masa bulan puasa... cikgu pun boleh terlelap kat meja kat bilik guru tuh (admin pon kekadang terlelap.. hehe)...


Photobucket
langkah 7 :
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..huhuhuhu walaupun hati sedih, sila cekalkan hati supaya semuanya gumbira... oh la la la.....

Photobucket
langkah 8 :
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…pewwit kucing ni..ada gaya!!! hidup bebas dari masalah ! pastikan anda senyum-senyum tau... jangan masam-masam muka tuh...


Photobucket
langkah 9 :
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata.. kalau ada kekawan yang nak join sama, sila benarkan... makin ramai makin elok sangat !

Photobucket
langkah 10 :
Hilangkan semua tekanan… hembusss... tarik... hembus... tarik... neh dah masuk fasa pemulihan (penyejukan) seperti kelas PJK. Awas jangan hembus melalui saluran yang tak sepatutnya nanti bau ....
Photobucket
langkah 11 :
pusingkan kepala…buat macam pening-pening lalat sikit...sikit lagi rebah..HAHA
Photobucket
langkah 12 :
Tengok muka kat cermin sambil goyang-goyang.. lawa tak…goyang oh goyang!! lagi goyang.. buat dalam 2-3 minit... kalau takder cermin kat bilik guru, sila pinjam cermin make-up cikgu pompuan ...


Photobucket
langkah 13 :
Akhir sekali lakukan joget kucing…buat betul-betul...hahaa


Jika cikgu tak berjaya menghilangkan ketensionan, saya akan bayar ganti rugi kat cikgu. Tapi dengan syarat cikgu amalkan petua neh 40 hari berturut-turut... haha...








kredit untuk adik fiez @ http://akufiez.blogspot.com/

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN

Kepada semua warga SKTJ, selamat menjani ibadah puasa..semoga kita mendapat keredhaanNya..

Friday, July 15, 2011

KARNIVAL KOMPUTER-THON SKTJ 2011

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia semua....

Pada 23 Julai 2011,SKTJ akan mengadakan satu KARNIVAL KOMPUTER-THON, sehubungan dengan itu anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut....


Monday, April 18, 2011

KEJOHANAN HOKI DKBB @ PADANG MP SG PETANI, KEDAH

Sekalung TAHNIAH kepada semua pemain hoki SKTJ diatas pencapaian CEMERLANG pada kejohanan hoki pada 17 dan 18 April 2011...






Pasukan Perempuan Bawah 12 SKTJ telah menjadi JOHAN DKBB pada tahun ini....semoga pada tahun-tahun akan datang SKTJ mampu mengekalkan prestasi CEMERLANG ini...

Wednesday, March 9, 2011

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1

MAKLUMAN CUTI
PERTENGAHAN PENGGAL 1

11-19 MAC 2011

Sekolah akan dibuka semuala pada 20 Mac 2011.
Selamat Bercuti kepada semua warga pendidik dan murid SKTJ

Thursday, March 3, 2011

Jom Baca ...mungkin ianya berguna buat kita...

Topik :
Kebahagian di Tempat Kerja
(Happiness at place of work)

Text Box:  PRODUKTIVITI Text Box:  KEBAHAGIAN
DI TEMPAT KERJA
Kebahagian di tempat kerja amat penting dan signifikan yang merupakan penggalak produktiviti sesuatu pertubuhan atau organisasi.
P  =   yK
di mana        P    =       produktiviti 
 y    =      pemalar kebahagian          
K     =    kebahagian

Kebahagian adalah satu keadaan emosi yang bergantung kepada kekuatan mental dan kepercayaan diri.

Dua belas (12) sebab utama mengapa anda perlu bahagia di tempat kerja.
1.         Orang yang bahagia mudah diterima dan bekerja dengan orang lain.

Ini akan menimbulkan semangat kerja berpasukan, membantu satu sama lain, mempunyai hubungan yang lebih baik dengan ketua dan rakan sejawat, melayani pelanggan dengan mesra(perkhidmatan) dan menambah penjualan(busines). Semua ini akan menyumbang kepada produktiviti.

2.         Orang yang bahagia adalah lebih kreatif

Kebahagian membawa suasana hati yang baik dan ini mencetuskan pemikiran untuk maju dan bergerak ke hadapan, menyebabkan anda menjadi lebih kreatif sepanjang masa.

3.         Orang yang bahagia mempunyai tenaga yang lebih

Dengan tenaga yang lebih, anda berada pada tahap bersedia dan akan melakukan sesuatu dengan cekap dan berkesan.

4.         Orang yang bahagia adalah lebih optimistik

Kebahagian berkait dengan unsur-unsur positif dan orang yang bahagia adalah optimistik, mempunyai keyakinan dan kepercayaan diri untuk berjaya dan lebih produktif.
5.         Orang yang bahagia sentiasa termotivasi

Kebahagian membawa pengertian dan perasaan baik hidup, yang menjadi pendorong untuk anda tidak jemu menerokai idea, kaedah, ciptaan dan produk baru.

6.         Orang yang bahagia belajar dengan pantas
           
Apabila anda berada dalam keadaan bahagia dan relaks, anda lebih bersedia untuk menerima dan menyerap pandangan dan teguran, menukar dan berkongsi pendapat, seterusnya meningkat prestasi kerja anda.

7.         Orang yang bahagia kurang khuatir dan jarang membuat kesilapan

Orang yang bahagia merupakan pemangkin positif, mempunyai  keyakinan diri dan adalah atribut kurang melakukan kesilapan. Malahan anda bersedia menerima teguran dengan hati yang terbuka kalau telah melakukan kesilapan dan belajar dari kesilapan itu dan terus maju ke hadapan.

8.         Orang yang bahagia membuat keputusan yang baik dan bernas

Orang yang bahagia mempunyai pemikiran yang tenang dan waras, membuat keputusan yang bijak dan baik, tidak secara terburu-buru. 

9.         Orang yang bahagia jarang jatuh sakit

Kebahagian adalah satu keadaan emosi yang bergantung kepada kekuatan mental dan dari kajian banyak penyakit berasal dari tekanan emosi.  Kebahagian mengurangkan tekanan emosi dan seterusnya mengurangkan penyakit. Kesihatan amat penting sebab kalau tidak sihat, tidak bahagia dan kalau tidak bahagia, kurang sihat!

10.       Orang yang bahagia tidak mengeluh tetapi menyelesaikan masalah

Orang yang bahagia mempunyai perasaan kasih sayang dan memikirkan cara dan bertindak untuk mengatasi masalah tanpa perlu diarah atau dijanji dengan sebarang ganjaran. Perpatah kata, murah hati, mudah rezeki.

11.       Orang yang bahagia mencerahkan suasana kerja

Orang yang bahagia menabur unsur positif dan kesejahteraan di tempat kerja, membawa kebahagian kepada rakan sejawat  dan seterusnya kebahagian keluarga.

12.       Orang yang bahagia adalah lebih rapat kepada alam dan Pencipta

Orang yang bahagia yang melakukan kebaikan untuk kesejahteraan sejagat akan sentiasa didoakan supaya sentiasa sihat dan bahagia.

Pesanan pagi : Terdapat berbagai benda yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki suasana kerja anda dari hanya mengeluh. Ia memerlukan tenaga mental (stress) yang berlipat ganda mengeluh, berbandingkan dengan tenaga mental yang sedikit untuk bersenyum!